* Jika AKU mencintai sesorang, AKU akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi AKU...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba, jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup, jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya.
Cinta ia tetap hadir, ia datang bukan dengan nafsu
atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak,
itulah cinta terulung.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian...dara
dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang
Deir.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk
menyatakan cintamu kepadanya.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal
terindah yg pernah dialami.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang
pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang
boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya
dapat ditilik melalui hati dan perasaan...
Cinta sesuatu yg mengasyikkan, ia boleh membuat kita
hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah
jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi
racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta...
Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya
menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita
hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita
temukan di dalam dirinya.
Kita tidak pernah tahu bila kita akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua
tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta
rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari
mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang
indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang
suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang
murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila
cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan
cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah
merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal
keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan
juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti
perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya
cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi
cintajua seringkali dibiarkan pergi bila ia
menghampiri
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam
laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan
pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
roti, pasti ia akan mati kelaparan...
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi
pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu
keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan
tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang
dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar
dan wangi sepanjang musim.
Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan
yang tepat.
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus
dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh
itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan
apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia
seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu
kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.
"Aku mencintaimu, sukarkah untuk dilafazkan?
tiada comment pasal cinta..cinta sejati adalah mutlak milek Allah dan kedua ibubapa kita,semuga arwah kedua ibubapa kita diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah swt..amin.
BalasPadam